Wednesday, December 8, 2010

Hostel,Homestay,Challet, Kg Taman Sedia, Cameron Highlands, Pahang DM


Cameron Highlands

Kampung Taman Sedia (juga dikenali sebagai Taman Sedia) merupakan satu-satunya perkampungan Melayu di Cameron Highlands yang telah dibuka sejak tahun 1959. Taman ini terdiri dari 48 lot dengan tiap satunya seluas 0.25 ekar. Sejak Cameron Highlands telah menjadi pusat tarikan pelancung dari dalam dan luar negara, penduduk Melayu di sini telah menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat menarik perhatian pelancung dan menjadi kegiatan ekonomi mereka. Antara kegiatan ekonomi tersebut ialah penyediaan homestay/chalet, kebun strawberry dan barangan hasil strawberry seperti jem, acar, aiskrim serta kegiatan penanaman sayur-sayuran.

                          (Source: StevenTeng.com)
Kini Camaren Highlands merupakan kawasan penghasilan buah strawberry segar terbesar dalam negara dan juga makanan berasaskan strawberry. Pengusaha-pengusaha Melayu turut serta dalam aktiviti ini. Pokok strawberry di tanam secara moden dengan sistem pengairan dan pembajaan yang berjadual. Buah-buah strawberry yang telah masak dan segar boleh dipetik sendiri oleh pengunjung. Harga yang ditawarkan lebih rendah dari harga yang dijual di pasaraya-pasaraya seluruh negara.


Di Taman Sedia juga turut menyediakan kemudahan, surau/balai raya, hostel/dorm, homestay, chalet,dan laluan pejalan kaki dan aktiviti mendaki gunung. Bagi peminat golf, padang golf hanya terletak bersebelahan dengan taman ini.




Kebun sayur-sayuran, seperti kobis, kobis bunga, daun pudina, daun bawang di tanam disekitar rumah, homestay/chalet pengusaha Melayu di Kampung Taman Sedia.


Cameron Highlands Jungle Trekking

                        (source: www.cameronhighlands.com)

Suhu di Cameron Highlands:

Suhu di Cameron Highlands boleh serendah 17 C pada malam hari atau sekitar 20 C pada siang hari. Suhu ini adalah sejuk berbanding dengan suhu haraian di Kuala Lumpur di sekitar 27 C - 35 C. Bagi mereka yang tidak tahan sejuk, pastikan anda membawa baju sejuk yang selesa untuk dipakai terutama untuk waktu malam dan berangin. 








No comments:

Post a Comment

Post a Comment