Wednesday, June 8, 2011

Impiana Chalet, Rhu Muda, Marang, Terengganu

Impiana Chalet Marang Terengganu terletak di pinggir laut berhadapan dengan jalan utama ke bandar Marang. Bilik jenis dua katil bujang adalah cukup luas dan selesa, dengan bilik air di dalam serta mempunyai kipas dan air-cond. Keseluruhan chalet ini terdiri dari bangunan setingkat berbentuk 'L' dan mempunyai ruang letak kereta yang luas di hadapan bilik. Mempunyai beberapa pokok kelapa hijau dan kuning yang ditanam di hadapan bilik yang memberikan suasana redup dan nyaman.



Bertentangan dengan Pulau Kapas yang kelihatan jauh di belakang.


Pemandangan Pulau Kapas dari pantai di Impiana Chalet ketika matahari pagi mula untuk terbit

Untuk membuat tempahan, sila hubungi Impiana Chalet:

09-6181358 (En Adnan) 

[Menyediakan penginapan untuk para pengunjung yang berkunjung di Marang & Kuala Terengganu. Boleh buat aktiviti seperti hari keluarga dan sebagainya.
Room standard 11 unit dan 2 deluxe room.
Chalet berdekatan dengan pantai & Pulau kapas.
30 minit dari Kuala Terengganu. Berdekatan juga dengan kedai makan, keropok leko, sata dan sebagainya.
RATE SINGLE DOUBLE ROOM = RM 80-RM90
RATE DELUXE ROOM = RM130-RM150]



No comments:

Post a Comment